ini entry pertama untuk aremal DIY. hiks. :") untuk DIY pertama, i want to share with u guys benda yang selalu ditempah dan selalu di buat oleh diriku ini.
apam polkadot.
![]() |
| door gift untuk perkahwinan hidayah |
![]() |
| dijadikan sebagai buah tangan bawa pergi rumah kawan |
![]() |
| diberi ke kawan yang bertunang. |
oleh kerana blog diy ni berkonsepkan sharing is caring, here we goes the recipe. simple actually, and dah berlambak orang lain buat macam2 corak. but, i just love classic. so, polkadot classic is suits me well. :)
- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
- pewarna
kredit to myresipi.com
sungguh berlambak resepi apam polkadot sebenarnya. semua amal dah cuba and the most suits me adalah dari myresipi ni.
*kukus dalam masa 15 minit.
tips and trick :)
1) tepung dengan baking powder kena ayak.
2) ovalette dimasukkan terakhir sekali
3) amal sarankan guna susu cair. sebab, 5 kali buat guna susu segar, tak pernah jadi. so, i am trying using susu cair dan JADI!! and susu cair memang selalu ada kat rumah. right?
4) masukkan je semua bahan-bahan sekaligus, kecuali ovallete tu masuk akhir sekali lepas mixing semua sekaligus. *macam ulang banyak kali je?*
5) lepas dah putar semua dah kembang cantik, sebelum titiskan pewarna, kacau dulu adunan dengan sudu. untuk pastikan, apam gebu dan tidak berlubang-lubang masa kukus.
SELAMAT MENCUBA!
jazakallahu khairan kathira.
*ada apa nak tanya just email me or ask me here. :)



No comments:
Post a Comment