DIY lovers

Saturday 11 May 2013

diy 4 - sugar cookies (domo kun)

tak ramai yang tahu, amal ada bela seekor domo yang besar. besar dia separas pinggang orang dewasa. muahaaaahahahahaha!


kerana obses terhadap domo kun ini, maka cita-cita tinggi nak buat domo mini cookies.







TADAAAA!!!
:D

cubaan pertama dan menjadi! yaahooooooo rasa nak lompat pagar sekarang.


bawah ni lebihan adunan so, i try make chocolate love. :)


boleh lah di kata kan, 'domo in love'. KAHKAHKAH!


bila amal post kat fb dengan whatsapp, ramai yang tanya, macam mana nak buat asas chocolate cookies. 


kalau cubaan pertama tak jadi, buat kedua kali, ketiga kali, keempat kali, sampai berjaya. sebab, amal buat chocolate cookies ni guna banyak banyak resepi. resepi yang kali ni, memang menjadi!



selamat mencuba! :)



D I Y - 3 sugar cookies (elmo)

besar harapan sebenarnya nak buat sugar cookies elmo yang macam ni.













tapi, jadi macam ni pulak 


jadi, sekarang nak kena nangis ke meraung ke cemana????!!!!




T_______________________________________________T



sekarang, dah boleh menangis bawah selimut.

Wednesday 23 January 2013

apam polkadot packaging

apam polkadot ditempah oleh atikah aziz.










simple packaging sebab atikah nak simple2 je. so here we goes, amal buat sesimple mungkin. :)




thank u atikah. 
ada masa tempah lah lagi. #eh. :p





diy 2 - classic triffle

assalamualaikum..

sekarang nak post tentang triffle. well, kalau search kat google berlambak org bagi resepi triffle ni. but mine, guna resepi dari kawan. belajar dengan dia secara spontan then terus buat kat rumah.

1) bahan-bahannya

details:
1 tin susu cair
1 tin fruitcocktail
4 sudu tepung custard membukit
1 kotak agar2 serbuk
kek gulung
*sukatan membukit tu macam ni



2) potong kek gulung dan susun dalam bekas kaca macam ni. kemudian, tuang air koktail diatas permukaan kek gulung ni dalam keadaan basah basah lembab



3) didihkan 1 tin susu dalam periuk dengan api kecil



4) setengah tin air kosong untuk dikacau bersama dengan tepung custard tadi



5) masukkan custard yang sudah dikacau dengan air kosong ke dalam susu cair yang sudah mendidih.



6) ratakan atas susunan kek gulung tadi macam ni.


7) susun buah koktail dekat atas custard dan tekan sedikit buah-buah dekat atas custard supaya tak terapung bila tuang agar-agar nanti


8) didihkan agar-agar serbuk tadi dengan 400 ml air. (atau ikut je cara kat kotak agar-agar tu)


9) tuang agar-agar yang telah mendidih perlahan-lahan diatas lapisan buah dan custard. *guna sudu lebih selamat*


10) bila dah sejuk sikit, masuk peti ais. dah keras, boleh makannn!!! :D



tips and trick :)

1) masa tuang agar-agar yang mendidih mesti perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit. sebab, amal pernah buat laju-laju sebab tak sabar, habis semua buah-buah koktail tu terapung dan custard tu bocor sampai dasar.

2) masa tekan buah-buah koktail atas custard, pastikan custrd belom mengeras dan MESTI TEKAN PERLAHAN! kalau tak, custard bocor dan dasar tak cantik.

3) masa didihkan custard dengan susu cair tu, nak tambah gula pun boleh. kalau minat manislah, sukatannya 7 sudu paling banyak. guna gula halus tau.



SELAMAT MENCUBA!! 

:)

PEACE


Sunday 13 January 2013

diy 1 - apam polkadot

assalamualaikum..

ini entry pertama untuk aremal DIY. hiks. :") untuk DIY pertama, i want to share with u guys benda yang selalu ditempah dan selalu di buat oleh diriku ini.

apam polkadot.

door gift untuk perkahwinan hidayah

dijadikan sebagai buah tangan bawa pergi rumah kawan

diberi ke kawan yang bertunang. 

oleh kerana blog diy ni berkonsepkan sharing is caring, here we goes the recipe. simple actually, and dah berlambak orang lain buat macam2 corak. but, i just love classic. so, polkadot classic is suits me well. :)


  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

kredit to myresipi.com

sungguh berlambak resepi apam polkadot sebenarnya. semua amal dah cuba and the most suits me adalah dari myresipi ni. 

*kukus dalam masa 15 minit. 

tips and trick :)

1) tepung dengan baking powder kena ayak. 
2) ovalette dimasukkan terakhir sekali
3) amal sarankan guna susu cair. sebab, 5 kali buat guna susu segar, tak pernah jadi. so, i am trying using susu cair dan JADI!! and susu cair memang selalu ada kat rumah. right?
4) masukkan je semua bahan-bahan sekaligus, kecuali ovallete tu masuk akhir sekali lepas mixing semua sekaligus. *macam ulang banyak kali je?*
5) lepas dah putar semua dah kembang cantik, sebelum titiskan pewarna, kacau dulu adunan dengan sudu. untuk pastikan, apam gebu dan tidak berlubang-lubang masa kukus.




SELAMAT MENCUBA!


jazakallahu khairan kathira. 

*ada apa nak tanya just email me or ask me here. :)